PUTRAJAYA: Sikap keterbukaan dan minda digital perlu diamalkan di semua peringkat dalam perkhidmatan awam bagi melonjakkan tenaga kerja sedia ada serta menjayakan Pelan Pendigitalan Negara secara holistik, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata amalan sikap itu dapat menggalakkan penjawat awam untuk bergerak pantas, belajar melalui kesilapan dan meningkatkan kecekapan tugasan.
"Ia juga seiring hasrat Kerajaan MADANI untuk meningkatkan tahap kepenggunaan digital bagi memastikan negara tidak ketinggalan dan dapat bergerak seiring dengan negara maju," katanya.
Gobind berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Bernama selepas menyampaikan amanat pada sesi perjumpaan bersama anggota pentadbiran kerajaan negeri berkaitan digital di Cyberjaya, di sini semalam.
Sesi itu turut dihadiri Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong dan Ketua Setiausaha Kementerian Digital Datuk Rodzi Md Saad.
Memberi contoh Identiti Digital Nasional atau Digital ID yang diperkenalkan pada 1 Dis 2023, beliau berkata ia merupakan program tambah nilai yang berjaya memanfaatkan sektor awam dan swasta melalui pengesahan identiti pengguna semasa transaksi digital.
"Ini satu permulaan yang baik dan boleh diperbaiki lagi dengan pendekatan keterbukaan yang sejajar dengan pemikiran digital," katanya.
Mengenai ekonomi digital, Gobind berkata ia merupakan agenda utama yang berpotensi memacu pemasaran produk tempatan hingga berada di peringkat antarabangsa.
"Inisiatif yang bakal dibangunkan bersama akan bertunjangkan tiga perkara iaitu pembangunan ekonomi digital, kerajaan digital dan masyarakat digital," katanya.
Mengulas lanjut ketiga-tiga elemen itu, beliau berkata ia penting dalam menghasilkan kepakaran tenaga kerja yang sedia digital dan sudah digital, menyediakan perkhidmatan kerajaan yang digital-dahulu dan menarik minat pelaburan langsung domestik (DDI) serta pelaburan langsung asing (FDI).
Berkongsi program berkaitan yang telah dijalankan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Gobind berkata perbadanan itu telah menganjurkan Malaysia Digital State Summit pada 8 dan 9 Nov lepas, yang dihadiri sembilan agensi penggalak pelaburan negeri, enam unit pembangunan ekonomi negeri dan 10 kementerian serta agensi Persekutuan.
"Sukacita dimaklumkan sebanyak 10 negeri mempunyai Rangka Tindakan Digital. MDEC juga sedang bekerjasama dengan tiga negeri untuk penubuhan hab Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS) iaitu di Pahang, Perak dan Johor," katanya.
Beliau berkata kerjasama kerajaan negeri dengan pihak industri diperlukan bagi menarik pelabur hab pusat data, kecerdasan buatan (AI) dan GBS di beberapa lokasi di negara ini.
"Untuk tujuan ini, saya berharap pihak kerajaan negeri dapat memberi kerjasama kukuh dalam usaha untuk menarik minat pelabur," katanya.
Beliau turut berkongsi perancangan untuk mengadakan lawatan kerja ke beberapa negeri seperti dilakukan Januari lepas ke Pulau Pinang dan Sarawak, bagi membincangkan gerak kerja inisiatif pendigitalan di setiap negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Gobind berkata ekonomi digital merupakan agenda utama yang berpotensi memacu pemasaran produk tempatan hingga berada di peringkat antarabangsa. - Gambar fail/BERNAMA
Akaun Fleksibel: Pencarum serbu pejabat KWSP hingga kaunter ditutup
Ramai pencarum datang ke kaunter bagi mengemas kini nombor telefon bimbit untuk urusan kod pengesahan transaksi (TAC) selain membuat pertanyaan lanjut prosedur akaun ketiga.
Jalan runtuh di Sungai Lalang Semenyih, kenderaan tidak dapat lalui
Sebatang jalan di Sungai Lalang, berdekatan Semenyih Eco Venture Resort dan Recreation di sini dilapor runtuh dan terputus pada jam 5 petang tadi susulan banjir.
Kenyataan dakwa agama Islam terancam cetus persepsi buruk - MB Pahang
Dakwaan kononnya agama Islam terancam dan Pahang merupakan negeri sekular merupakan kenyataan yang mencetuskan persepsi buruk serta boleh memecahbelahkan keharmonian rakyat di negeri ini.
Kadar rizab margin air ditingkatkan sebanyak 20 peratus
Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 20 peratus kadar rizab margin air bagi menampung kapasiti permintaan yang semakin meningkat.
Projek sambung tara bekalan elektrik ke Sabah hujung tahun ini
Projek sambung tara bekalan elektrik Sarawak ke Sabah dijangka beroperasi pada suku keempat tahun ini, melalui penghantaran 275 kilo volt sepanjang 34 kilometer dari Stesen Pencawang Lawas baharu ke Stesen Pencawang Mengalong di Sipitang.
GPS kemuka cadangan tambahan empat kerusi baharu kepada SPR
GPS mengemukakan cadangan kepada SPR untuk penambahan empat lagi kerusi DUN di negeri itu.
Mendiang Mutang Tagal selamat dikebumikan
Jasad mendiang Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, Miri.
Klip pergaduhan pemain aksi Piala Belia 2024 tular
Isu keganasan sekali lagi mencemarkan imej bola sepak tempatan selepas tular klip video pergaduhan pemain yang dipercayai berlaku ketika perlawanan Kumpulan A saingan Piala Belia 2024.
Insentif cukai SFZ Forest City dimuktamad hujung bulan ini - MB Johor
Kerajaan akan memuktamadkan cadangan insentif cukai bagi menarik pelaburan dalam sektor kewangan di Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City hujung bulan ini.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind
Katanya, sikap itu dapat menggalakkan penjawat awam bergerak pantas, belajar melalui kesilapan dan meningkatkan kecekapan tugasan.